CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 21, 2009

Happy Fasting & Happy 3rd Anniversary to Dato' CT & Dato' K

gambar kenangan bersama CT di Lipis

21/08/09 Selamat Ulang Tahun yang ke 3 buat Dato' CT & Dato' K. Moga terus kekal bahagia hingga ke alam syurga, dimurahkan rezeki, dikurniakan cahaya mata, tabah, sabar & saling menjaga masing2...
22/08/09 Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.. Selamat berpuasa buat semua pembaca budiman.. Semoga Allah memberkati amal ibadat yang kita lakukan di dalam bulan yang mulia ini..Amin.

Maaf kerana lambat update blog ini. Dikesempatan ini nak ucapkan "Terima kasih" buat semua yang telah mendoakan kesejahteraan & kesihatan kami sekeluarga. Alhamdulillah.. Haziq & Amsyar semakin sihat...

Baru2 ini aku bersama2 dgn lia, dora, kak jam, kak fa, tini, kak idasm, arieda, ctyanty, ejay & ana, kak lon, fifa & tasya, kak ctaini serta SZ yang lain berkesempatan menjadi penonton untuk rakaman raya Dato' Siti di Astro. "Lentera Raya" akan ditayangkan pada hari isnin, pukul 4 petang di Astro ria. Buat semua peminat CT jangan lupa saksikannya. Lentera Raya yang turut mengundang Faizal Tahir & Saiful Apek memang best sangat, happenning, gempak & menghiburkan.. Terima kasih buat Dato' CT, kzyee, SNP & penerbit rancangan ini yang telah mengundang kami menjadi penonton untuk rakaman raya ini.. Tima kasih juga buat Dora yang telah sudi menghantar ku pulang ke rumah..

Semalam aku berkesempatan sekali lagi untuk menonton rakaman raya Dato' Siti terbitan RTM. Studionya di Bandar Sri Damansara. Terima kasih sekali lagi buat Dato' Siti, kzyee, saida, SNP kerana mengundang kami ke sana untuk menyaksikan rakaman tersebut. Tima kasih buat Dora yang telah menghantar ku pulang. Tima kasih juga buat Lia yang telah mengambil gambar ku dengan CT. Tima kasih juga buat teman2 SZ - Zaff, Fifa, Tini, Arieda, Ctyanty, Azwan, Mila, Ejay, Ana, Huda, Masz, Zetty, EL, Umie, Vessa, kak Tasya dan semua SZ..

Monday, August 3, 2009

Eppy Besday To My Lovely B

03/08/09 Hari ni merupakan hari lahir my hubby. Selamat Hari Lahir buat B tercinta.. Moga B sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, ceria, bahagia dan cool sentiasa.. B terima kasih atas segala-galanya..

Lagu Dato' Siti ini ditujukan buat B tersayang..

Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti