CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 20, 2009

20102009 ~ Happy Birthday to my little hero ~Amsyar~

amsyar - 4 months
amsyar with aunty ras

amsyar & haziq


amsyar with mama & mak iti

20102009 Selamat Ulang Tahun yang kedua buat amsyar tersayang.. Moga anak mama menjadi anak yang soleh..amin.

Monday, October 5, 2009

LUCKY - Jason Mraz

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday


Suka aa lagu ni.. best.. i like it!!

Tuesday, September 29, 2009

090909 Hari yang sangat ISTIMEWA


Aku, haziq, huda & kak jam

aku bersama B, haziq & amsyar


bergambar ceria sebelum potong kek

semua orang maintain cool..hehehe

bergambar bersama sebelum makan (berbuka sebenarnya)

090909 Hari ni merupakan hari yang cukup istimewa & bermakna dalam hidupku.. Hari ni merupakan hari lahir ku.. Hari ni juga album terbaru Dato' Siti Nurhaliza berada di pasaran.. Moga2 hari ini menjadi seindah tarikhnya..
SMS, FB, Handphone berbunyi dan terus berbunyi.. tepat jam 0.00 pagi hingga la ke siang hari.. Gembiranya rasa di hati.. Kerana ramai yang mengingati.. Alhamdulillah..syukur..

Buat B, mak, ayah, abah & mak mertuaku, kakak2, abg2, adik2, anak2 mama, serta teman2 yang disayangi semua.. TERIMA KASIH yang tidak terhingga.. I'm really appreciate it!!

Sunday, September 27, 2009

20092009 SALAM AIDILFITRI





Gambar2 kenangan semasa Majlis Rumah Terbuka Dato' Siti Nurhaliza pada tahun lepas..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua pengunjung blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..

170909 Hari ni banyak perkara yang perlu dibuat sebelum aku pulang ke kampung.. Dalam pukul 11.45 pagi kena ambil haziq di smart reader, hantar kuih raya ke esso kelana jaya & subang jaya. selepas tu ambil kakak ku di subang jaya.. Kemudian ambil anak sedara ku (irfan) di sekolah usj 21. Seterusnya hantar kakak ku & irfan ke putra heights.. Dalam pukul 3petang baru dapat balik semula ke rumah ku.. Aku pun sibuk packing barang2 anak, aku & hubby.. Pukul 10malam baru siap semuanya.. Adik ipar ku datang untuk mengambil kuih raya untuk ibu mertuaku.. Sebenarnya aku dah balik minggu lepas, tapi baru sempat bagi beberapa jenis kuih.. Jadi ni ada lagi beberapa jenis..

Dalam pukul 10.30 baru aku teringat, aku kena ambil baju raya ku.. Semalam aku pergi ke kedai tu, tapi tak siap lagi. Aku pun terus call kedai tu. Nasib baik belum tutup lagi.. Alhamdulillah baju raya ku siap.. Lega rasanya..:-)

Kemudian aku pergi ke balai polis nak serahkan borang balik kampung.. Dalam pukul 12.15am 180909 aku bertolak ke kuantan.. Hari ni Tol Free mula dari pukul 12.00am - 5.00am. On the way tu aku singgah di KFC jap untuk beli makanan untuk bersahur sebab takut jalan jem. Di kfc ramai sangat orang, kena beratur panjang.. Lamanya..huhu..

Pukul 1 pagi baru aku sampai di Tol Gombak.. Lebuhraya karak banyak kereta.."Slow moving"... Bila dah sampai ke Tol Bentong baru ok.. Alhamdulillah.. aku selamat sampai ke kuantan dalam pukul 4pagi.. Terus bersahur bersama mak, ayah & adik beradik yang lain.. Banyaknya mak masak.. Ada ikan patin masak tempoyak, udang goreng pedas, sotong kicap, ikan sungai goreng, telur masin, ayam... hmmm.. bestnye yummy2..

180909 Hari ni aku mengantuk sangat coz malam tadi tak tidur sampai ke subuh..Pastu hanya sempat tidur 2 jam je..huhu.. Petang bawak anak2 gunting rambut.. Amsyar first time potong rambut di kedai.. Nasib baik dia ok..tak nangis.. maybe sebab amsyar tengok abang dia(haziq) ok je... so dia pun ok.. :-) Untuk berbuka, mak juga buat bubur lambuk.. Bestnye... Aku memang suka bubur lambuk.. dekat kl susah nak cari bubur lambuk yang best..huhu..

190909 Hari ni sibuk tolong mak masak. Buat rendang daging, ayam masak merah, nasi himpit, kuah kacang & makanan untuk berbuka.. Malamnya pergi ke masjid.. hujan turun dengan lebatnya.. Hujan rahmat.. Habis sembahyang & takbir dalam pukul 9.30malam. Tapi hujan masih lebat.. Jadi pak imam suruh masuk semula untuk solat sunat.. Dalam pukul 10 lebih hujan mulai reda.. Kami tumpang kereta abang ngah.. Dalam kereta B cakap kasut dia kena curi... huhu..cian B.. nasib baik B ok.. B, kita niat sedekah ye..

20092009 Hari ni merupakan hari yang istimewa kerana kita menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tarikh yang istimewa ini.. Marilah kita sama2 menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran... Selepas solat aidilfitri, kami bersalam-salaman.. Seterusnya menikmati makanan..Menu hari ni nasi minyak, rendang daging, ayam masak merah, nasi impit, kuah kacang, lemang, tapai & kuih muih.. Ramai orang datang.. Ada pelbagai bangsa..1Malaysia..hehehe..

p/s: gambar2 lain akan menyusul kemudian..

Friday, August 21, 2009

Happy Fasting & Happy 3rd Anniversary to Dato' CT & Dato' K

gambar kenangan bersama CT di Lipis

21/08/09 Selamat Ulang Tahun yang ke 3 buat Dato' CT & Dato' K. Moga terus kekal bahagia hingga ke alam syurga, dimurahkan rezeki, dikurniakan cahaya mata, tabah, sabar & saling menjaga masing2...
22/08/09 Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.. Selamat berpuasa buat semua pembaca budiman.. Semoga Allah memberkati amal ibadat yang kita lakukan di dalam bulan yang mulia ini..Amin.

Maaf kerana lambat update blog ini. Dikesempatan ini nak ucapkan "Terima kasih" buat semua yang telah mendoakan kesejahteraan & kesihatan kami sekeluarga. Alhamdulillah.. Haziq & Amsyar semakin sihat...

Baru2 ini aku bersama2 dgn lia, dora, kak jam, kak fa, tini, kak idasm, arieda, ctyanty, ejay & ana, kak lon, fifa & tasya, kak ctaini serta SZ yang lain berkesempatan menjadi penonton untuk rakaman raya Dato' Siti di Astro. "Lentera Raya" akan ditayangkan pada hari isnin, pukul 4 petang di Astro ria. Buat semua peminat CT jangan lupa saksikannya. Lentera Raya yang turut mengundang Faizal Tahir & Saiful Apek memang best sangat, happenning, gempak & menghiburkan.. Terima kasih buat Dato' CT, kzyee, SNP & penerbit rancangan ini yang telah mengundang kami menjadi penonton untuk rakaman raya ini.. Tima kasih juga buat Dora yang telah sudi menghantar ku pulang ke rumah..

Semalam aku berkesempatan sekali lagi untuk menonton rakaman raya Dato' Siti terbitan RTM. Studionya di Bandar Sri Damansara. Terima kasih sekali lagi buat Dato' Siti, kzyee, saida, SNP kerana mengundang kami ke sana untuk menyaksikan rakaman tersebut. Tima kasih buat Dora yang telah menghantar ku pulang. Tima kasih juga buat Lia yang telah mengambil gambar ku dengan CT. Tima kasih juga buat teman2 SZ - Zaff, Fifa, Tini, Arieda, Ctyanty, Azwan, Mila, Ejay, Ana, Huda, Masz, Zetty, EL, Umie, Vessa, kak Tasya dan semua SZ..

Monday, August 3, 2009

Eppy Besday To My Lovely B

03/08/09 Hari ni merupakan hari lahir my hubby. Selamat Hari Lahir buat B tercinta.. Moga B sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, ceria, bahagia dan cool sentiasa.. B terima kasih atas segala-galanya..

Lagu Dato' Siti ini ditujukan buat B tersayang..

Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti



Tuesday, July 28, 2009

SMC..

28/07/09 Petang semalam, aku & B bawa haziq & amsyar pi SMC. Nurse check suhu badan, kedua-dua anakku masih lagi demam panas. Nurse pun terus masukkan ubat demam kat haziq & amsyar.. Doktor bagitau kalau haziq tak baik lagi demam dalam masa 3 hari ni doktor nak ambil darah untuk dianalisis..huhu..

Malam tadi amsyar & haziq tak lena tidur. Amsyar batuk, pastu muntah2. Haziq pula merengek2.. Alahai anak2 mama, tak sihat..ciannya.. Pagi ni B dah bersiap-siap untuk pergi kerja. Aku pula bercadang untuk ambil cuti. Aku sms bos & bos reply ok. Alhamdulillah dapat la aku jaga anak2ku yang sedang sakit ni.. Haziq sekarang semakin kurus kerana tak nak makan & minum susu.. Bila batuk je haziq nak dukung. Aku pun dukung haziq, amsyar pun merengek nak dukung. Jadi aku dukung haziq sebelah kanan & amsyar sebelah kiri.. Tapi sekejap je.. Mama tak larat la.. Pastu aku dukung sorang2.. lepas bagi minum susu, aku bagi diorang makan ubat. Nasib baik ubat batuk kaler hijau ni haziq & amsyar suka makan.. Antibiotik aku bagi sebelah malam..

Petang masa amsyar tidur, badan amsyar panas semula.. Aku lap2 badan amsyar & masukkan ubat demam.. tak lama lepas tu baru suhu badan turun semula.. Malamnya amsyar demam semula..huhu...

Monday, July 27, 2009

Amsyar pula demam..

Petang jumaat 24/7/09, haziq demam semula,sakit tekak & batuk. Lepas abis kerja, aku & my hubby(B) pergi klinik bawa haziq.. Doktor kata tonsil haziq bengkak, demam 38++.. Doktor bagi ubat demam, sakit tekak, ubat batuk & antibiotik.. Haziq ni susah nak makan ubat..huhu..

25/07/09 Hari ni sepatutnya dah janji dengan mak & ayah nak bawa pergi Pavilion, tapi disebabkan haziq tak sihat terpaksa la tunda ke hari lain, tapi tak tau bila.. Sabtu depan ni mak & ayah nak balik kuantan dah... Hopefully sebelum mak & ayah balik, dapat la bawa diorang gi sana. Ayah sebenarnya teringin nak pergi sana..

Haziq pula bila tak sihat nak berdukung sahaja.. Nasib baik ada B, dia la yang dukung haziq.. tapi bila B tak larat, aku pula dukung. Haziq sampai tanya mama larat ke dukung haziq, aku jawap mama larat. Mama kan kuat..hehe.. Malamnya, badan haziq panas semua, aku seperti biasa lap badan haziq, bila suhu badan dah turun, barulah aku boleh tidur.. Tapi sekejap2 haziq terjaga nak dukung, pastu tidur lagi.. pastu terjaga nak dukung, pastu tidur semula.. sampai la ke pagi..

26/7/09 Hari ada perlawanan badminton anjuran saida FC di Ampang. Tapi disebabkan haziq masih lagi tak sihat aku tak dapat la pergi ke sana.. Dengar cerita teman2 sz semuanya bergembira & puashati bermain di sana.. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.. Pada yang kalah jangan berputus asa, nanti kita cuba lagi ye...

27/07/09 Pagi tadi amsyar batuk2 pula, haziq pula masih lagi tak sihat. Nasib baik B cuti lagi hari ni. Aku pula ingatkan nak cuti juga, tapi hari ni aku kena pergi kerja sekejap. Siapkan apa yang patut, kira duit, buat reconciliation & updated, pastu baru telefon B suruh ambil.. B datang bersama haziq, amsyar, mak & ayah. Ayah pula nak renew lesen memandu. Sampai sana boss bawa ayah pergi pejabat pos. Kitorang follow dari belakang. B pula nak renew juga lesen. Dalam perjalanan, aku rasa badan amsyar dah panas.. Alalala.. cian anak2 mama, semuanya tak sihat ye.. Sebelum balik aku singgah di kedai barang2 perkahwinan untuk beli barang2 door gift. Mak nak buat kenduri tahlil & bacaan yasin nanti.. Selesai urusan, aku singgah di farmasi sekejap.

Bila sampai di rumah, aku bagi amsyar makan ubat. Amsyar pun susah jugak nak makan ubat. Tapi nasib baik bila dah bagi makan, amsyar tak muntah balik... Petang ni nak bawak haziq & amsyar pergi klinik.. Moga anak2 mama cepat sembuh...Amin.

Saturday, July 25, 2009

Stress, Demam...

24/07/09 Pagi jumaat dalam pukul 3pagi aku rasa badan Haziq panas... Aku bangun dan lap badan haziq. Aku terus tak boleh tidur. Badan haziq panas sangat. Aku terus lap.. bila rasa suhu badan dah turun baru aku berhenti lap haziq.. Pukul 7.30pagi haziq bangun. Aku rasa badan haziq dah ok sikit.. Haziq pula nak gi sekolah. Aku suruh haziq rehat hari ni, tapi haziq bersemangat nak gi sekolah. Aku pesan dengan haziq suruh telefon aku kalau disekolah badan haziq panas semula..

Aku pun bersiap-siap untuk pergi bekerja. Biasanya aku hantar haziq pergi ke sekolah, tapi hari ni my hubby pula cuti. Jadi my hubby yang hantar haziq ke sekolah. Minggu ini merupakan minggu yang cukup mencabar, stress, pressure, dan semuanya... Aku kena siapkan management account. Aku buat ni sorang2. Kebetulan company ni baru buat renovation. Jadi dokumen2 nak kena cari semula dalam kotak yang bertimbun2 dan diletakkan di 3 tempat yang berlainan. Hari ini nak hantar ke auditor. Banyak benda yang perlu dibuat. Berbekalkan usaha, doa & tawakal.. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar... Aku bersyukur kerana kerja ku dah selesai.. Lepas ni boleh la tumpukan perhatian pada anak2..

Thursday, July 23, 2009

Tahniah Dato' Siti!!

comel sangat ct masa ni..

ct semasa menyanyi lagu cindai & di taman teman

alalala...cutenya..


loving couple

sehati sejiwa...

Gambar kredit to Kosmo, murai.com.my...

Tahniah diucapkan buat Dato’ Siti kerana memenangi 2 kategori di APM iaitu Anugerah Artis Serantau Paling Popular yang julung kali diadakan dan juga Artis Malaysia Paling Popular sembilan kali berturut-turut.. Syabas juga buat sitizoners semua yang telah bersatu padu mengundi & menyokong Siti tanpa pernah henti..

Wednesday, July 22, 2009

Mak, Selamat Hari Lahir

cup cake yang ditempah khas untuk mak..

19/07/2009 SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAK.. Moga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, mendapat kebahagiaan di dunia & di akhirat serta ceria selalu..Amin. Mak, terima kasih atas segala-galanya... WE LOVE U VERY MUCH!!

Hari ni abg de bermurah hati untuk belanja kami semua makan malam di Restoren Tasik Indah di Shah Alam sempena Hari Lahir Mak.. Tima kasih abg de... Buat lia yang wish besday untuk ibuku, Tima kasih byk2.. Buat zaff yang tolong ambilkan cup kek untuk mak kak nurul, tima kasih ye, jasamu dikenang... Cup kek ni ditempah bermotifkan bunga ros ni sebenarnya mengambarkan kasih sayang dari kami semua buat mak tersayang...

Bulan Julai ni juga merupakan hari lahir buat Dik Jue, anas & masyitah, damia, che putih & rin.. Happy Birthday to all of you.. Hope u have a nice day!!!

Thursday, July 9, 2009

KONSERT SATU YANG MENAWAN, HEBAT & BRAVO!!



























gambar2 credit to: mstar, murai, hmetro, utusan, bharian & arieda sz..

28/6/2009 Hari ni merupakan hari terakhir konsert eksklusif SATU: Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Aku sebenarnya berada di kuantan sejak hari jumaat 26/06/09 sempena majlis perkahwinan adik ipar ku pada hari sabtu 27/06/09. Hari ni, pagi2 lagi aku sibuk mengemas pakaian & barang2 keperluan untuk balik ke subang jaya. Dalam pukul 12 tengah hari baru bertolak ke subang jaya. Kondisi kereta pula tidak mengizinkan, kami cuma tawakal sahaja semoga perjalanan berjalan dengan lancar & selamat.

Alhamdulillah dah selamat sampai pukul 3.30 petang. Sepatutnya hari ni aku pergi tengok konsert CT dengan my hubby, tapi keadaan tak mengizinkan. Nasib baik ada Aizee. Jadi, aku tumpang aizee ke Istana Budaya. Sampai di sana dalam pukul 7malam. Kami berjumpa dengan Fifa. Di sini ada stall yang menjual barang2 snp. Aku terus membeli buku autograf, dairi, mug & sticker. Selepas tu terus ke surau. Di sana berjumpa dengan mamas, zaff & kak Fa.

Aku begitu teruja menyaksikan konsert Satu ni.. Aku duduk di seat depan di bahagian tengah. Memang fokus habis la.. hehe.. Kebanyakan lagu yang CT nyanyi semuanya mesra pendengar & peminat. Ini adalah konsert terbaik dari Dato CT yang pernah aku saksikan.. Aku sangat terhibur & puashati.. Kalau boleh nak tengok lagi & lagi.. Moga2 Dato' CT akan buat lagi satu konsert untuk peminat yang tak dapat datang & juga buat peminat2 lain yang nak menyaksikan sekali lagi konsert ini, ataupun moga2 konsert ini dibuat DVD untuk peminat. Jadi, semua orang berpeluang menyaksikan konsert yang menawan, hebat & SUPERB ini!!!


Selepas konsert ada sesi autograf. Jadi memang ramai la peminat2 CT yang beratur panjang untuk bergambar, berjumpa & mendapatkan autograf CT. Aku & kawan2 SZ semuanya tak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan CT. Semasa beratur bersama Aizee & Fifa dapat la berjumpa dengan kawan2 SZ - arieda, CT-yanT, Tajlena, lampuarejaib, CT Fairuz, Miela, Osh, Ash, kak ctaini dan ramai lagi. Selepas itu berjumpa pula dengan Zaff, kak Fa, Rasbit, mamas, apai, vessa, ayu, ana, kak intan, dora, puteribiasa, wanie dan ramai lagi.. Selesai autograf, kami berpeluang berjumpa sekali lagi & bergambar beramai-ramai dengan CT. Buat Dato' CT & DK - Thanks for Everything!!! Tahniah atas kejayaan konsert ini buat Dato CT, kZ, SNP, team production, Pat dan semua...

Sebelum balik, aku, aizee, mamas, fifa & zaff pergi makan kat restoren NN.. Best gak makan kat sini, nanti boleh la buat gathering SZ kat sini...hehe..

Di kesempatan ini nak ucapankan Tima kasih buat zaff yang telah mengambilkan tiket untuk ku, buat aizee yang menumpangkan aku, buat Lia yang memberi info2 terkini dan juga buat semua sz..