CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 29, 2009

090909 Hari yang sangat ISTIMEWA


Aku, haziq, huda & kak jam

aku bersama B, haziq & amsyar


bergambar ceria sebelum potong kek

semua orang maintain cool..hehehe

bergambar bersama sebelum makan (berbuka sebenarnya)

090909 Hari ni merupakan hari yang cukup istimewa & bermakna dalam hidupku.. Hari ni merupakan hari lahir ku.. Hari ni juga album terbaru Dato' Siti Nurhaliza berada di pasaran.. Moga2 hari ini menjadi seindah tarikhnya..
SMS, FB, Handphone berbunyi dan terus berbunyi.. tepat jam 0.00 pagi hingga la ke siang hari.. Gembiranya rasa di hati.. Kerana ramai yang mengingati.. Alhamdulillah..syukur..

Buat B, mak, ayah, abah & mak mertuaku, kakak2, abg2, adik2, anak2 mama, serta teman2 yang disayangi semua.. TERIMA KASIH yang tidak terhingga.. I'm really appreciate it!!

Sunday, September 27, 2009

20092009 SALAM AIDILFITRI





Gambar2 kenangan semasa Majlis Rumah Terbuka Dato' Siti Nurhaliza pada tahun lepas..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua pengunjung blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..

170909 Hari ni banyak perkara yang perlu dibuat sebelum aku pulang ke kampung.. Dalam pukul 11.45 pagi kena ambil haziq di smart reader, hantar kuih raya ke esso kelana jaya & subang jaya. selepas tu ambil kakak ku di subang jaya.. Kemudian ambil anak sedara ku (irfan) di sekolah usj 21. Seterusnya hantar kakak ku & irfan ke putra heights.. Dalam pukul 3petang baru dapat balik semula ke rumah ku.. Aku pun sibuk packing barang2 anak, aku & hubby.. Pukul 10malam baru siap semuanya.. Adik ipar ku datang untuk mengambil kuih raya untuk ibu mertuaku.. Sebenarnya aku dah balik minggu lepas, tapi baru sempat bagi beberapa jenis kuih.. Jadi ni ada lagi beberapa jenis..

Dalam pukul 10.30 baru aku teringat, aku kena ambil baju raya ku.. Semalam aku pergi ke kedai tu, tapi tak siap lagi. Aku pun terus call kedai tu. Nasib baik belum tutup lagi.. Alhamdulillah baju raya ku siap.. Lega rasanya..:-)

Kemudian aku pergi ke balai polis nak serahkan borang balik kampung.. Dalam pukul 12.15am 180909 aku bertolak ke kuantan.. Hari ni Tol Free mula dari pukul 12.00am - 5.00am. On the way tu aku singgah di KFC jap untuk beli makanan untuk bersahur sebab takut jalan jem. Di kfc ramai sangat orang, kena beratur panjang.. Lamanya..huhu..

Pukul 1 pagi baru aku sampai di Tol Gombak.. Lebuhraya karak banyak kereta.."Slow moving"... Bila dah sampai ke Tol Bentong baru ok.. Alhamdulillah.. aku selamat sampai ke kuantan dalam pukul 4pagi.. Terus bersahur bersama mak, ayah & adik beradik yang lain.. Banyaknya mak masak.. Ada ikan patin masak tempoyak, udang goreng pedas, sotong kicap, ikan sungai goreng, telur masin, ayam... hmmm.. bestnye yummy2..

180909 Hari ni aku mengantuk sangat coz malam tadi tak tidur sampai ke subuh..Pastu hanya sempat tidur 2 jam je..huhu.. Petang bawak anak2 gunting rambut.. Amsyar first time potong rambut di kedai.. Nasib baik dia ok..tak nangis.. maybe sebab amsyar tengok abang dia(haziq) ok je... so dia pun ok.. :-) Untuk berbuka, mak juga buat bubur lambuk.. Bestnye... Aku memang suka bubur lambuk.. dekat kl susah nak cari bubur lambuk yang best..huhu..

190909 Hari ni sibuk tolong mak masak. Buat rendang daging, ayam masak merah, nasi himpit, kuah kacang & makanan untuk berbuka.. Malamnya pergi ke masjid.. hujan turun dengan lebatnya.. Hujan rahmat.. Habis sembahyang & takbir dalam pukul 9.30malam. Tapi hujan masih lebat.. Jadi pak imam suruh masuk semula untuk solat sunat.. Dalam pukul 10 lebih hujan mulai reda.. Kami tumpang kereta abang ngah.. Dalam kereta B cakap kasut dia kena curi... huhu..cian B.. nasib baik B ok.. B, kita niat sedekah ye..

20092009 Hari ni merupakan hari yang istimewa kerana kita menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tarikh yang istimewa ini.. Marilah kita sama2 menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran... Selepas solat aidilfitri, kami bersalam-salaman.. Seterusnya menikmati makanan..Menu hari ni nasi minyak, rendang daging, ayam masak merah, nasi impit, kuah kacang, lemang, tapai & kuih muih.. Ramai orang datang.. Ada pelbagai bangsa..1Malaysia..hehehe..

p/s: gambar2 lain akan menyusul kemudian..