CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 27, 2009

Amsyar pula demam..

Petang jumaat 24/7/09, haziq demam semula,sakit tekak & batuk. Lepas abis kerja, aku & my hubby(B) pergi klinik bawa haziq.. Doktor kata tonsil haziq bengkak, demam 38++.. Doktor bagi ubat demam, sakit tekak, ubat batuk & antibiotik.. Haziq ni susah nak makan ubat..huhu..

25/07/09 Hari ni sepatutnya dah janji dengan mak & ayah nak bawa pergi Pavilion, tapi disebabkan haziq tak sihat terpaksa la tunda ke hari lain, tapi tak tau bila.. Sabtu depan ni mak & ayah nak balik kuantan dah... Hopefully sebelum mak & ayah balik, dapat la bawa diorang gi sana. Ayah sebenarnya teringin nak pergi sana..

Haziq pula bila tak sihat nak berdukung sahaja.. Nasib baik ada B, dia la yang dukung haziq.. tapi bila B tak larat, aku pula dukung. Haziq sampai tanya mama larat ke dukung haziq, aku jawap mama larat. Mama kan kuat..hehe.. Malamnya, badan haziq panas semua, aku seperti biasa lap badan haziq, bila suhu badan dah turun, barulah aku boleh tidur.. Tapi sekejap2 haziq terjaga nak dukung, pastu tidur lagi.. pastu terjaga nak dukung, pastu tidur semula.. sampai la ke pagi..

26/7/09 Hari ada perlawanan badminton anjuran saida FC di Ampang. Tapi disebabkan haziq masih lagi tak sihat aku tak dapat la pergi ke sana.. Dengar cerita teman2 sz semuanya bergembira & puashati bermain di sana.. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.. Pada yang kalah jangan berputus asa, nanti kita cuba lagi ye...

27/07/09 Pagi tadi amsyar batuk2 pula, haziq pula masih lagi tak sihat. Nasib baik B cuti lagi hari ni. Aku pula ingatkan nak cuti juga, tapi hari ni aku kena pergi kerja sekejap. Siapkan apa yang patut, kira duit, buat reconciliation & updated, pastu baru telefon B suruh ambil.. B datang bersama haziq, amsyar, mak & ayah. Ayah pula nak renew lesen memandu. Sampai sana boss bawa ayah pergi pejabat pos. Kitorang follow dari belakang. B pula nak renew juga lesen. Dalam perjalanan, aku rasa badan amsyar dah panas.. Alalala.. cian anak2 mama, semuanya tak sihat ye.. Sebelum balik aku singgah di kedai barang2 perkahwinan untuk beli barang2 door gift. Mak nak buat kenduri tahlil & bacaan yasin nanti.. Selesai urusan, aku singgah di farmasi sekejap.

Bila sampai di rumah, aku bagi amsyar makan ubat. Amsyar pun susah jugak nak makan ubat. Tapi nasib baik bila dah bagi makan, amsyar tak muntah balik... Petang ni nak bawak haziq & amsyar pergi klinik.. Moga anak2 mama cepat sembuh...Amin.

2 comments:

idasm said...

alahai kesiannya kat nurul. dua2 hero tak sihat. memang payah kan bila anak2 tak sihat dan meragam.
takde rezeki kita nak jumpa kan. takpelah, sabar yea. kena bagi diorang makan ubat biar cepat sembuh yea...

nurul said...

ye betul tu kak ida..susah hati nurul dibuatnya bila anak2 tak sihat ni.. emmm..takde rezeki kita nak jumpa hari tu.. maybe next time kita set masa ye.. lama dah tak jumpa kak ida..