17022010 Hari ni saya menulis agak emosi sikit sebab saya nak bercerita tentang seorang yang bergelar "kawan@teman@sahabat". Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya mempunyai kawan@teman@sahabat yang sentiasa bersama dalam susah dan senang.
Sebenarnya bukan susah nak berkawan dengan seorang "Saya". Saya hanya perlukan "Keikhlasan" dalam persahabatan. Saya ni kalau dah berkawan yang seseorang tu saya akan berusaha untuk mengembirakan hati seorang kawan@teman@sahabat. Sikap "Percaya & Jujur" pun penting juga dalam persahabatan.
TETAPI, hari ni saya rasa terkilan pula sebab dalam bersahabat@berkawan ada juga yang tidak jujur dengan saya, ada juga yang hanya nak mengambil kesempatan sahaja atas keikhlasan saya dan ada juga yang menggunakan saya untuk kepentingan sendiri.
Saya sedih sangat bila dapat tahu semua ini. Saya sangat terkilan. Saya tak sangka dia akan berbuat begitu pada saya.
Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa, saya tahu saya tak lepas dari melakukan kesilapan. Sekiranya saya ada berbuat salah pada kawan@teman@sahabat saya, saya minta maaf banyak2. Saya juga akan turut sama memaafkan kawan@teman@sahabat yang membuat salah pada saya. Bagi saya, saya tak mahu nak menyimpan dendam, apatahlagi untuk membenci seseorang yang pernah bergelar teman@sahabat@kawan saya. Saya tahu satu hari nanti kita tetap akan berjumpa.. Saya tak mahu putus persabatan sebenarnya..huhu..
Buat kawan@teman@sahabat saya, "Thanks for everything". Terima kasih sebab sentiasa bersama saya dalam susah & senang, suka & duka, canda & tangis. Love ya!
CUBA by FT
Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri
Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku
Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016
-
Salam Lebaran dari kami Sweetreats Et Cetera.
Aduh lamanya rumah ni tak di lawati...dah lama tak post updates terkini
dengan perkembangan terbaru produk2 S...
9 years ago
4 comments:
Salam Nurul...
mmg betul..x semua kawan yg kita kenal tu betul2 ikhlas berkawan dgn kita. Dan kita tak akan tau apa muslihat atau sebab sebenar mereka berkawan dgn kita sehinggalah sesuatu terjadi. Mmg susah nak cari kawan yg betul2 ikhlas bersama dgn kita. So.. sabarlah menghadapi dugaan ni...
salam zara..
thank u so much.. :-)
sabar ye nurul. kak ida pun dah pernah mengalami ni semua. hanya kita aje tahu mcmn perasaannya.
takpe nurul.. kak ida kan ada. u always have my shoulder to cry on. please remember that. take care nurul sayang.
kak ida, thank u very very much.. muaahhhh sayang kak ida gak.. :)
Post a Comment