CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Konsert Eksklusif Satu: Dato' Siti. Show all posts
Showing posts with label Konsert Eksklusif Satu: Dato' Siti. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

KONSERT SATU YANG MENAWAN, HEBAT & BRAVO!!



























gambar2 credit to: mstar, murai, hmetro, utusan, bharian & arieda sz..

28/6/2009 Hari ni merupakan hari terakhir konsert eksklusif SATU: Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Aku sebenarnya berada di kuantan sejak hari jumaat 26/06/09 sempena majlis perkahwinan adik ipar ku pada hari sabtu 27/06/09. Hari ni, pagi2 lagi aku sibuk mengemas pakaian & barang2 keperluan untuk balik ke subang jaya. Dalam pukul 12 tengah hari baru bertolak ke subang jaya. Kondisi kereta pula tidak mengizinkan, kami cuma tawakal sahaja semoga perjalanan berjalan dengan lancar & selamat.

Alhamdulillah dah selamat sampai pukul 3.30 petang. Sepatutnya hari ni aku pergi tengok konsert CT dengan my hubby, tapi keadaan tak mengizinkan. Nasib baik ada Aizee. Jadi, aku tumpang aizee ke Istana Budaya. Sampai di sana dalam pukul 7malam. Kami berjumpa dengan Fifa. Di sini ada stall yang menjual barang2 snp. Aku terus membeli buku autograf, dairi, mug & sticker. Selepas tu terus ke surau. Di sana berjumpa dengan mamas, zaff & kak Fa.

Aku begitu teruja menyaksikan konsert Satu ni.. Aku duduk di seat depan di bahagian tengah. Memang fokus habis la.. hehe.. Kebanyakan lagu yang CT nyanyi semuanya mesra pendengar & peminat. Ini adalah konsert terbaik dari Dato CT yang pernah aku saksikan.. Aku sangat terhibur & puashati.. Kalau boleh nak tengok lagi & lagi.. Moga2 Dato' CT akan buat lagi satu konsert untuk peminat yang tak dapat datang & juga buat peminat2 lain yang nak menyaksikan sekali lagi konsert ini, ataupun moga2 konsert ini dibuat DVD untuk peminat. Jadi, semua orang berpeluang menyaksikan konsert yang menawan, hebat & SUPERB ini!!!


Selepas konsert ada sesi autograf. Jadi memang ramai la peminat2 CT yang beratur panjang untuk bergambar, berjumpa & mendapatkan autograf CT. Aku & kawan2 SZ semuanya tak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan CT. Semasa beratur bersama Aizee & Fifa dapat la berjumpa dengan kawan2 SZ - arieda, CT-yanT, Tajlena, lampuarejaib, CT Fairuz, Miela, Osh, Ash, kak ctaini dan ramai lagi. Selepas itu berjumpa pula dengan Zaff, kak Fa, Rasbit, mamas, apai, vessa, ayu, ana, kak intan, dora, puteribiasa, wanie dan ramai lagi.. Selesai autograf, kami berpeluang berjumpa sekali lagi & bergambar beramai-ramai dengan CT. Buat Dato' CT & DK - Thanks for Everything!!! Tahniah atas kejayaan konsert ini buat Dato CT, kZ, SNP, team production, Pat dan semua...

Sebelum balik, aku, aizee, mamas, fifa & zaff pergi makan kat restoren NN.. Best gak makan kat sini, nanti boleh la buat gathering SZ kat sini...hehe..

Di kesempatan ini nak ucapankan Tima kasih buat zaff yang telah mengambilkan tiket untuk ku, buat aizee yang menumpangkan aku, buat Lia yang memberi info2 terkini dan juga buat semua sz..