CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 20, 2010

MAMA = ADIK

satu hari my son, Haziq tanya soalan ni:
haziq: mama, masa kecik2 dulu org panggil mama apa?
me: diorg panggil 'adik'
haziq: adik?
my mother: haah.. sampai sekarang pun (dah besar ni) sume org panggil 'adik'
haziq: kalo macam tu mama kena tukar nama aa, suruh la diorg panggil nama lain, panggil 'mama' ke 'nurul' ke?
me: kawan2 mama memang la panggil mama 'nurul', tapi kalo nenek ke pak long ke panggil mama 'nurul', nanti mak tih & mummy pun ingat panggil nama diorg sbb nama diorg pun 'nurul' gak..
haziq: ooooo
me: hehehe... :D

Friday, February 19, 2010

Thank You Allah

Thank You Allah by Raihan

The Sky Is Clear
The Air Is Clean
The Land Is Green
Thank You Allah
Thank You Allah

The Path We Walk
The Lines We Talk
The Things We See
Thank You Allah
Thank You Allah

When I Sleep
When I Eat
When I Breath
Thank You Allah
Thank You Allah

Say Thank You Allah
Thank You Allah

Every Walk The Fate We've Got
The Light We Live
Don't Forget To Say Thank You Allah

In The Night And In The Day
Every Morning After Prayer
I'll Never Forget To Say Thank You

There Are Times When I'm Alone
Feeling Sorrow Or Not So Strong
I'll Pray To You And Say
Thank You Allah
Thank You Allah

So Friends Everytime Remember
Allah The Most Merciful
Say Thank You Allah
Thank You Allah

Ya Allah Ya Tuhanku... Aku bersyukur kepadaMu.. Thank You Allah.. Thank You Allah..

p/s: buat teman yg ku anggap sebagai adik beradik ku, terima kasih atas sebuah peduli.. :-)

p/s: Happy Birthday to DK. Moga berbahagia selalu bersama DCT tercinta.. :)

Thursday, February 18, 2010

140210 ~ Satu Suara yg Superb by Aizat, FT & DCT ~


aizat, ct & ft.. kz pun ada tu..ahaks.. ni tgh sesi otograf..
foto by aizee

sz dok depan sekali, tgh control ni, pastu posisi bertukar lak.. hehe
foto by aizee or huda ye?

dct yg cantik & comel
foto by huda

140210 Aku & SZ seramai 16org (17 tiket sbnrnya sorg tak dtg) pergi menyaksikan Konsert Satu Suara yang menampilkan Aizat, Faizat Tahir & Dato' Siti.. Kami dapat seat depan sekali sebelah kiri stage.

Konsert ni memang best, gempak, happenning & superb. Kami semua memberikan sokongan yg tak berbelah bagi buat ketiga2 pemilik suara tersebut.. Sampaikan Aizat & FT berkata ngan salah seorg dari kami(kjam), geng kitorang yg paling best!! Fuyo!! Cayalah buat rockersteiners Zoners.. u all memang all out & best!!

Antara lagu yang dinyanyikan oleh Aizat: Kau Aku, Pergi, Lagu Kita, Thank you Allah, Hanya Kau Yang Mampu dan byk lg.. FT pula nyanyi lagi Sampai Syurga, Mahakarya Cinta, Cuba, Bencinta, Selamat Malam, Adrenalin dan last lagu Gemuruh!! memang mantap, power & sangat.. "gemuruh jiwa, semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa..."

Dato' Siti lak nyanyi lagu Biarlah Rahsia versi rock.. mmg rock abis aa.. Best sgt!! i like it.. Sebelum tu dia trio bersama Aizat & FT nyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Relaku Pujuk, Ibukota Cinta, Kau Kekasihku.. mmg aa best giler!!

Sebenarnya banyak lagi lagu yg Aizat, FT & CT nyanyi, tapi ku dah lupa aa..hehe.. sori yea.. ops!! lagu Saya Anak Malaysia pun ada Aizat & FT nyanyi, Always, We are the Champion dan byk lagi aa..

ok.. tu je buat masa ni..

p/s: tima kasih byk2 buat aizat, ft, ct, kz, snp & sz semua.. muaahhh.. Love ya!

Wednesday, February 17, 2010

TEMAN

17022010 Hari ni saya menulis agak emosi sikit sebab saya nak bercerita tentang seorang yang bergelar "kawan@teman@sahabat". Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya mempunyai kawan@teman@sahabat yang sentiasa bersama dalam susah dan senang.

Sebenarnya bukan susah nak berkawan dengan seorang "Saya". Saya hanya perlukan "Keikhlasan" dalam persahabatan. Saya ni kalau dah berkawan yang seseorang tu saya akan berusaha untuk mengembirakan hati seorang kawan@teman@sahabat. Sikap "Percaya & Jujur" pun penting juga dalam persahabatan.

TETAPI, hari ni saya rasa terkilan pula sebab dalam bersahabat@berkawan ada juga yang tidak jujur dengan saya, ada juga yang hanya nak mengambil kesempatan sahaja atas keikhlasan saya dan ada juga yang menggunakan saya untuk kepentingan sendiri.

Saya sedih sangat bila dapat tahu semua ini. Saya sangat terkilan. Saya tak sangka dia akan berbuat begitu pada saya.

Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa, saya tahu saya tak lepas dari melakukan kesilapan. Sekiranya saya ada berbuat salah pada kawan@teman@sahabat saya, saya minta maaf banyak2. Saya juga akan turut sama memaafkan kawan@teman@sahabat yang membuat salah pada saya. Bagi saya, saya tak mahu nak menyimpan dendam, apatahlagi untuk membenci seseorang yang pernah bergelar teman@sahabat@kawan saya. Saya tahu satu hari nanti kita tetap akan berjumpa.. Saya tak mahu putus persabatan sebenarnya..huhu..

Buat kawan@teman@sahabat saya, "Thanks for everything". Terima kasih sebab sentiasa bersama saya dalam susah & senang, suka & duka, canda & tangis. Love ya!

CUBA by FT

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu


Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Wednesday, February 10, 2010

Demam Denggi @ Viral Fever?

10/2/10 Hari ni bila baca paper kisah 2 beradik yang meninggal sebab demam denggi, sedihnya rasa di hati hanya tuhan yang tahu.. berat mata memandang berat lagi baru memikul.. moga roh adik2 ini dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah..amin. Moga ibu & bapa anak2 ini tabah & sabar menghadapi dugaan hidup..

Sebenarnya bila dengar je cite ada org kena demam denggi, ku jadi fobia.. kerana baru2 ni pada 31/12/2009 malamnya kami sekeluarga makan di luar, sbb abg yg no 3 nak belanja makan di seksyen 13 shah alam. Masa makan tu aku dah rasa lain macam, seram sejuk, susah nak bernafas, lemas, tiada selera makan dan pelbagai lagi perasaan. Kebetulan kipas lak betul2 atas kepala, tu yang rasa lemas, seram sejuk dll..

Pastu on d way balik, kami singgah sekejap di SALAM specialist hospital di seksyen 19 shah alam utk membeli ubat mak ku.. tapi disebabkan ubat tu ada kat mana ntah, diorg kena cari n cari.. so memakan masa yg lama. Ku yg tunggu dalam keta ni rasa cam tak keruan, kaki ku lenguh2, terpaksa duduk bersila dalam keta pastu rasa macam tak sedap badan je..

So sampai je dirumah, kaki ku semakin lenguh & sakit, ku minta tlg hb gosokan kaki ini badan seram sejuk dan ku terus selimut badan ni. malam semakin larut tapi ku susah sangat nak tido..huhu.. hb kata badan ku panas sgt, tp ku lak rasa seram sejuk..

1/1/2010 Jumaat - Hari ni ku demam panas, kaki masih lagi sakit & lenguh. Ibu ku tolong letakkan ubat "counter pain" dan urut kaki ku.. ku pun makan ubat demam.. Badan semakin lemah.. demam semakin panas..

2/1/2010 Sabtu - Aku masih lagi sakit2 badan & lenguh2, demam panas tak turun2 lagi.. kebetulan ubat demam masih ada lagi. ku pun makan ubat demam dan terus terbaring.. tak pernah rasa macam ni. rasa tak larat sangat, lemah, sakit2 badan.. tak de selera makan. pahit liur yg teramat sangat.. bila makan je aku akan batuk batuk batuk tanpa henti.. so memang tak makan la aku..

3/1/2010 Ahad - Hari ni aku flat abis.. tak de kudrat langsung.. tak berdaya.. demam panas, batuk2, sakit2 badan.. ubat demam pula dah habis.. aku pula bila batuk je muntah.. huhu.. hanya tuhan je tau macam mana perasaan aku masa tu.. aku kalo boleh nak mintak tolong hb bawakan doktor datang merawat aku di rumah, tapi mana boleh kan? So, aku gagahkan diri pergi ke SMC coz klinik lain sume tutup hari ahad. Bila sampai sana, nurse ambik tekanan darah. result: 70/50. sangat rendah.. demam: 39 point berapa tah lupa lak.. tu yg rasa tak berdaya sangat.. tak larat.. pastu doktor datang.. doktor check nadi, tangan, perut.. pastu doktor tu cam konpem je aku kena demam denggi..

doktor: muka awak memang merah cam ni ke?
aku: hmmm.. tak sure aa doktor..
doktor: demam dah berapa hari?
aku: termasuk hari ni dah 3 hari..
doktor: dah 3 hari? kenapa awak tak dtg awal kat sini.. awak tau tak demam denggi ni boleh bawa maut?
aku: hmm? demam denggi? maut? (dlm hati: Ya Allah.. ampuni la dosaku ini.. aku redha dengan ketentuanMu)
doktor: ni nak kena masuk drip. pasni kena masuk wad..
aku: hmm? masuk wad? doktor, anak saya nak masuk sekolah esok. boleh tak kalau saya tak masuk wad?
doktor: tak boleh. awak kena masuk wad.
aku: huhu..

Pastu doktor ambil darah aku utk buat test, then terus pasang drip.

aku: nurse nape sakit sangat bila masuk drip ni? biasa tak camni..
nurse: memang la sakit sbb saya lajukan drip ni..
aku: huhu..

So, sekejap je dah abis 1 botol air, nurse masukkn lg 1 botol. Tapi kali ni dah slow sikit, so dah tak sakit kat tempat jarum ni..

Pastu tekanan darah diambil semula. result : 90/70.

doktor: ni masih lg rendah ni
hb: mmg aa doktor, coz dia memang selalu tekanan darah rendah
doktor: betul ke awak tekanan darah rendah
aku: haah
doktor: biasa brp?
aku: biasa 100/80 camtu aa..

Then result darah: platelet 231

doktor: awak nak balik ke?
aku: ye doktor, anak saya nak masuk sekolah
doktor: ok sbbkan platelet awak ok, tekanan darah pun ok, awak boleh balik, tapi kalo apa2 nnt, awak terus datang hospital ye..
aku: tima kasih doktor..
doktor: tapi kena makan ubat & minum air banyak
aku: ok (Alhamdulillah, nasib baik boleh balik, aku ni bukan apa, kalo masuk wad nanti susah coz haziq nak masuk sekolah darjah 1.. amsyar lg.. so macam2 aku nak fikirkan.. tu yg rasa cam belum bersedia lg dok kat wad, tapi kalo terpaksa, mmg aa kena masuk kan? huhu..)

so, buat masa ni doktor sahkan aku kena viral fever je..

4/1/2010 Isnin - Malam semalam aku tak boleh tido sebab gatal2 satu badan. Hari ni masih lg demam panas, lenguh2 & sakit2 badan. masih lagi tak de selera makan. kakak ku telefon dan bg petua kalo betul kena demam denggi kena minum air daun betik & sup ketam. so kebetulan belakang rumah aku ada pokok betik, mak ku pun terus aa blend daun betik tu.. bagi aku minum.. Ya Allah.. air daun betik tu sgt la pahitnya.. tapi sbb nak cepat baik, kena minum gak aa.. pastu mak suruh minum madu.. so aku pun minum air banyak2.. minum hundred plus.. mak tanya nak makan apa..hmmm tadi tu sempat tanya seorg teman, dia kata makan sup.. so aku pun cakap kat mak nak makan sup.. Walaupun tak de selera, sbb pahit liur sgt, tapi ku cuba gak makan sup ngan sedikit nasi sbb dah 3 hari tak makan..

5/1/2010 Selasa - Hari ni masih lagi gatal2 pada satu badan yang teramat sangat. Tak de selera nak makan. Masih lagi badan rasa seram sejuk. Berselimut dan terbaring di sofa. Malam pun tak boleh tido.. badan naik merah2.. terutama di tangan dan kaki.. tapak kaki merah sangat dan sakit bila pijak lantai.. pastu sakit perut lak, cb.. huhuhu..

6/1/2010 Rabu - Hari ni aku gi klinik yang berhampiran coz tak daya dengan kegatalan di seluruh badan yang teramat sgt.. bila jumpa doktor, doktor cam konpem je aku kena demam denggi. so dia nak ambik darah, tapi esoknya baru keluar result. so aku cakap ngan doktor aku nak terus gi SMC aa coz nnt bila ambik darah, result darah terus kuar hari tu jugak.. doktor pun kata ok. camtu lg bagus.. aku pun terus ke SMC. doktor ambik darah kat tangan sebelah kanan lak. tekanan darah masih 90/70. result darah: platelet 170. so doktor kata ni dah turun sikit, tapi masih di paras normal yg bawah.. so kalo turun lagi esok, kena masuk wad..

7/1/2010 Khamis - Hari ni seperti biasa aku masih lg minum air daun betik, makan madu, minum hundred plus, air kosong.. badan masih lagi gatal2 tapi dah berkurang sikit.. demam pun semakin berkurang. batuk pun berkurang. aku pun gi smc. nurse nak ambik darah, tapi susah sgt, kat tangan belas kiri ni dah 2 tempat kena cucuk, tapi still tak leh ambik darah lg. So diorg mintak tlg doktor, akhirnye kat sebelah kanan di tempat semalam baru la boleh.. result: platelet 171. naik 1 je.. tapi doktor kata hmmm.. kalo ikutkan ciri2 demam denggi tu sume dah ada, cuma platelet nye result ni ok, kalo turun lg baru masuk wad.. so, boleh balik..

8/1/2010 Jumaat - Alhamdulillah, hari ni aku dah ok sikit. dah ada selera makan sikit.. demam pun semakin berkurang. Masih minum air daun betik & madu. Makan ubat demam & ubat2 yg lain..

9/1/2010 Sabtu - Hari ni abg aku no 2 nak belanja makan kat medan ikan bakar di Jeram. Aku pun pesan nak sup ketam coz tu je lagi satu petua utk penawar demam denggi..

10/1/2010 Ahad - Syukur Alhamdulillah.. kesihatan ku semakin pulih.. demam dah tak de. cuma gatal2 tu masih ada lagi sikit2.. Dalam masa 2 minggu, baru rasa semakin ok. Syukur sangat2.. :)

11/1/2010 Isnin - Hari ni baru berpeluang menemani haziq di sekolah.. pastu baru mula bekerja semula.. sebab kan dah 1 minggu tak de selera nak makan, berat badan turun ke 47kg.. so now dah dapat berat idea 48kg.. tapi ramai yang tegur sebab dah kurus sangat..ahaks :D

Begitulah kisah ku.. aku pun tak sure sebenarnya aku ni demam denggi ke atau viral fever.. tapi ciri2 denggi tu sume dah ada.. kalo betul2 denggi, kena masuk wad. platelet semakin turun dan turun tu yang ada sampai kena denggi berdarah. kalo camtu kena tukar darah pulak. tu yg aku takut tu..

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat hb, mak, ayah, adik beradik, anak2 dan teman2 semua yang mendoakan aku & sms ku.. Tima kasih sbb bersusah payah menjaga ku semasa sakit.. Alhamdulillah berkat doa, usaha meminum air daun betik, madu, 100plus, sup ketam dan tawakal kepada Allah, kesihatan ku semakin pulih. So, kengkawan semua, bila Demam je, jangan tunggu lama2 ye, terus jumpa doktor.

Tuesday, February 9, 2010

Ku Mohon

Salam buat semua.. dah lama tak update blog ni.. dah bersawang yea.. hehehe.. Now bz ngan anak2 coz haziq dah masuk sekolah.. and ku pun dah mula bekerja.. tu yang sudah lama tidak mengupdate blog ini.. huhu.. maaf ye sbb kelewatan, tapi pasni Insya Allah bila ada masa terluang akan ku update ye.. see ya!! :)

Ku Mohon by Sheila Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Tuesday, October 20, 2009

20102009 ~ Happy Birthday to my little hero ~Amsyar~

amsyar - 4 months
amsyar with aunty ras

amsyar & haziq


amsyar with mama & mak iti

20102009 Selamat Ulang Tahun yang kedua buat amsyar tersayang.. Moga anak mama menjadi anak yang soleh..amin.